Produk digital ini merupakan koleksi sesi live bulanan yang dibuat oleh Aiman Azlan pada tahun 2022 tentang pelbagai topik hangat perkahwinan.
Berikut adalah topik-topik yang dibincangkan (13+ jam):
- Bagaimana nak tahu saya dah ready nak kahwin?
- Nak tunggu jodoh datang, atau nak pergi cari jodoh?
- Bagaimana nak tahu dia jodoh saya?
- Dia minta saya tunggu. Patut saya tunggu dia, atau move on?
- Bagaimana nak tahu dia serius nak kahwin saya?
- Apa nak buat kalau saya tersalah pilih pasangan?
- Dia terlalu baik untuk saya, jadi saya rasa tak layak. Macam mana?
- Boleh ke bakal suami minta kongsi perbelanjaan rumah?
- Boleh ke bincang topik seks dalam taaruf?
- Boleh ke kalau saya tak nak kahwin?
- Wajib ke untuk saya ada rumah dan kereta sebelum kahwin?
- Macam mana nak move on dari heartbreak?
Ada soalan? Mohon emel hello@aimanazlan.com